carian..

TERAPI di AzBudi Damai Spa




Selain daripada rawatan Homeopati, rawatan Naturopati dan Tradisional juga terdapat di sini.Ianya dikendalikan oleh ahli-ahli terapi kami yang berpengalaman di AzBudi Damai Spa. 29, Lengkok Perpaduan, Taman Perpaduan, 31150 Ulu Kinta, Perak.

DISYORKAN UNTUK MEMBUAT TEMUJANJI SEHARI ATAU BEBERAPA JAM SEBELUM INGIN MENDAPATKAN RAWATAN.
CALL/SMS/WHATSAPP: 0135297053 / 017529887


Urut Seluruh Badan (Massage Theraphy)
RM 80.00

Urutan dapat membantu melancarkan peredaran darah dan oksigen ke otak.Kulit, tubuh dan wajah akan berasa segar , tidak pucat atau lesu.Sistem pernafasan juga akan menjadi lancar.Cara ini dapat membantu untuk mendapatkan postur tubuh yang lebih baik.Badan menjadi segar setelah badan dan otot mendapat sentuhan, tidak hanya sekadar itu, anda akan diperdengarkan alunan muzik yang menenangkan serta bauan aromaterapi yang mendamaikan.
















Refleksologi Tapak Kaki

RM 50.00

Kawasan tapak kaki mempunyai lebih daripada 6 ribu saraf halus yang bersambung dengan point-point tertentu tubuh yang mengawal keseimbangan fungsi organ dalaman dan kesihatan tubuh seseorang.Kajian dan perawatan mengenainya telah bermula semenjak zaman Mesir Purba lagi,kemudian kaedah ini dibawa hingga ke negara India.Dimajukan dan dicatatkan di China, dibawa ke Switzerland seterusnya dipopularkan ke seluruh dunia.Dapat merawat pelbagai penyakit kronik melalui perangsangan fungsi organ pada point-point tertentu di tapak kaki.

Diagnosis Personaliti
RM 100.00
Suatu kaedah membaca dan mengenali diri sendiri dan orang terdekat,mengetahui kelebihan potensi diri dan kelemahan supaya mudah menjalani kehidupan harian terutama tentang kerjaya, pergaulan, perniagaan, jodoh dan kebahagiaan rumahtangga.

Mandi Wap Herba (Sauna)
RM 50.00
Amalan mandi wap herba (sauna herba) dapat memberikan kesan yang baik kepada tubuh kerana wap panas tersebut akan memasuki rongga pernafasan dan terus ke sistem perjalanan darah, organ tubuh dan seterusnya akan memberi anda kesan yang positif. Urat saraf akan mengembang, perjalanan darah menjadi lancar,sengal-sengal, kesakitan otot berkurangan,bisa,kebas tubuh badan,membantu melegakan sakit gout,menyihatkan rambut dan yang terpenting dapat membuang toksin (racun) yang terdapat dalam badan.Dengarkan alunan muzik spa sambil anda bersauna.Tenang dan relaks.

Bekam (cupping therapy)
RM20.00 (1 point/cup)
RM 120.00 (12 point/cup)


Dengan berbekam darah kotor dan toksin yang terkumpul dalam badan dapat dikeluarkan.Kaedah ini sangat popular kerana ianya dapat melegakan penyakit hampir serta merta. Kaedah ini merupakan suatu sunah Nabi Muhamad S.A.W. yang paling dianjurkan dan digalakkan kepada setiap umat Islam melakukannya sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.







Tenaga Dalam As-Syifa
Harga Dirunding

Pelbagai kaedah rawatan untuk masalah berkaitan ketidakstabilan,spiritual,emosi,mental dan fizikal yang disebabkan oleh unsur-unsur misteri seperti jin,syaitan,sihir,santau dan sebagainya, InsyaAllah.

Perunding Khas
Kaunseling, Motivasi, Natural Body Cleansing, Penyakit Misteri.

Lain-lain (Khusus untuk wanita)


link AzBudi Damai SPA